TANAH MELAYU DILANGGAR TODAK

Ahad, 25 September 2011

Jika PAS betul betul ikhlas, Teruskan laksana hukum hudud.


Jika hudud dilaksana, pemimpin DAP letak jawatan



KUALA LUMPUR 25 Sept. – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Beliau mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.

“Jika anda berkata sebarang perkataan dalam prinsip bersama dalam Buku Jingga itu menyebut tentang hudud atau negara Islam, saya fikir bukan sahaja saya tetapi semua anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan meletakkan jawatan.

“Kami adalah parti yang berprinsip dan pemimpin berpegang pada prinsip, jadi tidak ada jalan bagi pemimpin yang berkata selepas memegang tampuk kuasa di Putrajaya akan melaksanakan hudud dan menubuhkan kerajaan Islam. Tidak mungkin kerana ia bukanlah dalam rangka dasar bersama.

“Pendirian kami jelas, kami tidak menerima hudud ataupun sebuah negara Islam,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, mengadakan hukum hudud atau sebuah negara Islam tidak pernah disebut dalam Buku Jingga pakatan dan ketiga-tiga parti hanya bersetuju menyatukan rakyat Malaysia di bawah prinsip bersama yang antara lain bagi tujuan kebebasan, keadilan dan demokrasi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, pemimpin tertinggi pakatan pembangkang akan bermesyuarat Rabu ini untuk membincangkan rancangan Pas melaksanakan hukum hudud.

Beliau berkata, isu berkenaan akan dibincangkan di kalangan pemimpin pembangkang itu pada mesyuarat bulanan mereka di Ibu Pejabat Pas di sini yang dijadualkan bermula pukul 8 malam.

“Mesyuarat itu pada mulanya untuk membincangkan Bajet Pakatan 2012, tetapi oleh kerana ada isu lain yang perlu diberi tumpuan, adalah wajar bagi pemimpin-pemimpin berkenaan membincangkannya pada mesyuarat tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Petikan Utusan Online

Selasa, 20 September 2011

Husam Musa dah saman Kickdefella, Anwar bila lagi nak saman Papa Gomo?


Kenyataan Rasmi Berhubung Dakwaan Saman Oleh Husam

K E N Y A T A A N   R A S M I
Dengan rasa rendah diri dan bersyukur, saya ingin mengulas berhubung saman Dato’ Haji Husam Bin Haji Musa dan Syed Azidi Bin Syed Abdul Aziz yang didakwa difailkan di dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu, Kelantan, semalam.
Walaupun sehingga saat ini saya belum menerima writ saman yang didakwa itu tetapi saya yakin, usaha sedang dijalankan oleh pihak penyaman untuk menyerahkan kepada saya. Saya akan memberi sepenuh kerjasama untuk menerima saman tersebut dan pihak penyaman boleh menghubungi saya di talian mudah alih saya pada bila-bila masa sahaja.
Saya mengalu-alukan saman tersebut dan seperti yang sedia maklum, saya telah beberapa kali menggesa Dato’ Husam supaya menyaman saya. Oleh yang demikian saya akan menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan kelak untuk membuat pembelaan terhadap segala yang saya persembahkan selama ini di blog saya maupun di ruang akhbar dan lain-lain media.
Saman ini bukan sahaja memberi ruang kepada Dato’ Husam untuk kononnya membersihkan nama, tetapi juga adalah peluang untuk saya mempertahankan hujah dan dakwaan saya supaya sah diterima dari segi perundangan.
Saya turut dimaklumkan pihak penyaman akan mendapatkan satu perintah injunksi menghalang saya dari membuat sebarang pendedahan baru terhadap beliau dan menghalang mana-mana pihak menyebarkan tulisan-tulisan saya terdahulu. Suka saya memaklumkan bahawa saya bersedia mempertahankan hak saya itu di Mahkamah dan menggesa pihak penyaman tidak menggunakan tindakan ex-parte dalam hal ini.
Tulisan-tulisan saya mempunyai kepentingan awam khasnya kepada rakyat Kelantan. Buktinya kesan daripada tulisan saya Kerajaan PAS Kelantan telah beberapa kali mengambil tindakan susulan yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat Kelantan termasuk didalam isu yang diketengahkan oleh penyaman di dalam writ saman.
Tindakan untuk menghalang saya menggunakan hak untuk menulis dan menyampaikan maklumat adalah berasaskan ketakutan jelas dipihak penyaman terutama pada saat pihaknya merasakan pilihanraya umum semakin dekat. Ia langsung tidak mengambil kira kepentingan awam dan rakyat Negeri Kelantan khasnya. Pihak penyaman tidak seharusnya mengutamakan kepentingan politik dan keinginan untuk mara dalam karier politik mengatasi kepentingan rakyat dan kebebasan rakyat menerima maklumat.
Kepada pembaca-pembaca saya, suka saya memberikan perakuan bahawa saya akan melawan saman ini dengan dada yang lapang, berhemah dan penuh rasa hormat kepada undang-undang dan sistem kehakiman Malaysia. Saya berharap mahkamah tidak sekali-kali digunakan sebagai pentas sarkas untuk kepentingan politik penyaman.
Saya berkhidmat hampir 3 tahun dibawah penyaman dan saya telah menulis lebih 100 artikel berhubung beliau. Bagaimanapun beliau hanya menyaman saya terhadap 3 artikel yang ditulis saya. Ini bererti beliau bersetuju bahawa lebihan artikel yang ditulis oleh saya tentang beliau adalah betul. Ini beerti beliau juga bersetuju bahawa pengakuan saya menerima wang pampasan bernilai RM350,000 dan wang berjumlah lebih RM4 juta untuk pilihanraya umum 2008 adalah betul sedangkan sebelum beliau berkali-kali menafikannya secara terbuka dan kepada pihak media massa.
Oleh yang demikian, apabila saya mendakwa beliau adalah seorang yang hipokrit dan penipu, ianya bukan bual kosong. Ia berlandaskan pengalaman saya dan fakta-fakta serta bukti yang terkumpul sepanjang perkhidmatan dengannya.
Sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut, saya diberi pelbagai arahan termasuklah galakan dan permintaan supaya saya menulis dan menggunakan kreativiti saya untuk memburuk-burukan musuh politik beliau termasuklah yang berada di dalam parti politik yang sama dengan beliau. Beliau juga berusaha menyakinkan saya tanpa mengemukakan bukti bahawa terdapat korupsi di kalangan Ahli Majlis Mesyuarat Kelantan dan pimpinan tertinggi partinya ketika itu.
Beliau juga menegur saya terhadap tulisan saya yang mempunyai kepentingan awam tetapi mengkritik rakan politik beliau seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, selepas saya diberhentikan daripada perkhidmatan di Kelantan, beliau segera menafikan di dalam sidang media beliau pernah campurtangan di dalam penulisan saya di blog.
Hipokrasi beliau juga amat ketara dan sepanjang tempoh perkhidmatan, saya beberapa kali diajak oleh beliau ke premis-premis yang tidak sesuai untuk beliau kunjungi sebagai pimpinan sebuah parti Islam.
Saya juga terpaksa menyaksikan gelagat-gelagat beliau ditempat awam yang tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin tinggi sebuah parti Islam.
Berdasarkan yang dinyatakan diatas, saya percaya kes ini turut akan membawa banyak faedah kepada orang awam dan rakyat Negeri Kelantan khasnya.
Saya mengalu-alukan bantuan guaman daripada pengamal-pengamal perundangan bagi membantu saya mempertahankan hak dan kepentingan awam ini. Saya juga suka merayu kepada rakyat Negeri Kelantan yang rindukan perubahan untuk bersama-sama dengan saya di dalam kes saman ini.
Saya lawan kes ini bukan untuk diri saya tetapi untuk perubahan kepada Negeri Kelantan yang tercinta.


SYED AZIDI BIN SYED ABDUL AZIZ
20 September 2011

Isnin, 19 September 2011

Rakaman Hitam Putih Aksi Seks Dato Seri Anwar Ibrahim Yang Perlu Anda Tahu


Rakaman Hitam Putih Aksi Seks Dato Seri Anwar Ibrahim Yang Perlu Anda Tahu

SUNDAY, SEPTEMBER 18, 2011

Dato Seri Anwar Bin Ibrahim
&
Dato Syazrly Eskay


Agak riuh semalam bila tersebarnya rakaman CCTV Berwarna yang memaparkan kelibat Dato Seri Anwar Ibrahim ketua Umum Pakatan Rakyat dan ahli perniagaan Dato Eskay yang mana rakaman tersebut dirakamkan disebuah apartment jalan Ampang.

Pelbagai reaksi diperolehi dari pembaca dan sudah pasti bagi mereka para penyokong Anwar Ibrahim akan menafikan dan tidak mempercayai bahawa lelaki yang dikatakan Anwar Ibrahim itu adalah satu penipuaan semata mata.

Gomo nak ingatkan kepada seluruh Rakyat Malaysia bahawa rakaman yang tersebar semalam dan yang berada dalam artikel ini merupakan RAKAMAN TULEN CCTV APARTMENT yang mana dilokasi ini lah Anwar Ibrahim melakukan hubungan Seks bersama pelacur China.


Untuk makluman anda juga rakaman CCTV ini merupakan bahan EXHIBIT yang telah disediakan oleh pihak Polis dalam pendakwaan Ketiga tiga yang terlibat iaitu Tan Sri Thamby Chik, Dato Syazril Eskay dan Dato Shuib Lazim dibawah Seksyen 292.

Rakaman CCTV ini juga adalah Bahan BUKTI yang telah digunakan di Mahkamah yang mana kita semua tahu bahawa ketiga tiga Trio Dato T telah didapati bersalah dan didenda oleh Mahkamah diatas tayangan Video Seks Dato Seri Anwar Ibrahim.

Ini jawapan utama yang Gomo nak sampaikan kepada rakyat Malaysia dan jika Pakatan Pembangkang terutamanya penyokong Anwar Ibrahim menyatakan Video tersebut palsu adalah menjadi satu isu yang kita boleh perdebatkan bahawa Bahan Bukti yang telah menyabitkan Trio Dato T didakwa dan didapati bersalah adalah tidak tulen dan ini merupakan satu ketidakadilan Undang Undang kepada mereka bertiga.


Gomo mencabar agar Dato Seri Anwar Ibrahim menghantar Rakaman CCTV yang dikeluarkan ini untuk dibuat analisa Forensik bagi memastikan ketulenanya. Dan dalam masa yang sama adalah wajar untuk Anwar Ibrahim menjalankan juga Forensik memastikan siapakah yang dilihat dalam rakaman CCTV tersebut.

Gomo juga terpanggil untuk menjawap dakwaan Malaysiakini yang dimiliki Pembangkang bahawa :

"Bagaimanapun, pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan 
dalam video seks berkenaan.

Dalam CCTV itu, lelaki yang dikatakan Eskay memakai pakaian yang berwarna gelap, manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah (kanan).

Lelaki itu yang dikatakan Anwar juga berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah."


Dato Seri Anwar Bin Ibrahim
Ketua Umum Pakatan Rakyat
Perdana Menteri Sg Buloh

Adalah amat memalukan buat Portal milik pembangkang ini yang dijana dengan kos RM150 Ribu Sebulan apabila tidak membuat penyelidikan sebelum mengeluarkan artikel yang boleh Gomo anggap tidak bermutu.

Malaysikini milik pembangkang mempertikaikan warna pakaian yang dipaparkan dalam rakaman CCTV dan juga Perakam didalam bilik tempat dimana Anwar Ibrahim melakukan seks bersama Pelacur China.


"Warna gelap bertukar cerah"

Sekali lagi Gomo nak nyatakan perakam yang digunakan didalam bilik tersebut adalah perakam Canggih yang mana jenama ICATCH yang mana merupakan perakam yang canggih dan tidak terdapat di Malaysia. perakam ini lah yang memberikan paparan terbaik dalam jenis jenis nya dan dalam Video Seks Anwar Ibrahim terbukti imej pelaku Seks dapat dirakam dengan jelas walaupun Anwar Ibrahim menutup semua lampu yang ada dalam bilik tersebut.

Rakan Blogger Kickdeffela sebelum ini pada tanggal 4 April 2011 ada menjelaskan mengenai Video Hitam Putih dan Gomo pinta agar mereka yang Was Was untuk menilainya sendiri. KLIK DISINI


Sebenarnya apa yang perlu pada kita rakyat Malaysia untuk berfikir dalam isu Video Seks ini adalah pelaku Video Seks tersebut yang mana ianya adalah Dato Seri Anwar Ibrahim. Masa yang dipamerkan dalam Rakaman tersebut juga selari dengan masa aksi Seks dilakukan Anwar Ibrahim.

Bertubi tubi para Blogger mengeluarkan kenyataan dalam Blogg masing masing bahawa pelaku video tersebut adalah Dato Seri Anwar Bin Ibrahim. Malah Dato Eskay turut bersumpah lakhnat menyatakan pelaku video tersebut adalah Anwar Ibrahim.

Mengapa sehingga kini Dato Seri Anwar Ibrahim masih lagi GAGAL melakukan tindakan SAMANkeatas para Blogger dan juga Dato Eskay sedangkan jelas kami menyatakan nama beliau dengan jelas Dato Seri Anwar Ibrahim adalah Pelaku dalam Video Seks yang melakukan Aksi SEKS bersama Pelacur China.

Renung renungkanlah wahai rakyat Malaysia........


Psssttt....Gua tak sabar nak kena saman dengan Anwar Brahim ni, tapi bila dia nak saman?


"Sebab tu Joe Bedul Gelak Bukan Main Kuat
Bila Tengok Video Seks Anwar Ibrahim"

Video Joe Bedul KLIK DISINI
Petikan Papa Gomo

Zulkifli Noordin : CCTV Bukti Anwar Pembohong

Zulkifli Noordin : CCTV Bukti Anwar Pembohong

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Pendedahan klip video berwarna yang menunjukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah memasuki lif sebuah pangsapuri membuktikan bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah seorang pembohong.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, ia kerana Anwar sebelum ini pernah mengakui tidak mengenali siapa Shazryl dan mempertikaikan ahli perniagaan itu sebagai rakan baiknya seperti mana beliau mempertikaikan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai sahabat yang dikenali selama 35 tahun sebelum ini.
“Allah hendak tunjuk bukti, jelas daripada video klip itu betapa rapatnya Anwar dengan Datuk Eskay!,” katanya di dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.
Beliau mengulas pendedahan klip video berwarna yang didakwa menunjukkan Anwar dan Shazryl memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China Februari lalu.
Rakaman berdurasi 47 saat itu dimuat naik hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan.
Zulkifli berkata, pendedahan tersebut menunjukkan bahawa pengikut setia Anwar perlu berhenti dari mempercayainya dan bertaubat.
“Kalau kawan-kawan dia pun dia boleh tipu macam tu saja, bayangkan apa dia boleh buat pada anda, umat Islam, rakyat dan negara ini. Sedangkan kalimah Allah pun dia boleh lelong dan agama Islam pun dia kelentong dengan fahaman pluralisme, apa lagi bukti yang anda mahu Allah hantar?,” katanya 
Petikan http://www.anwaraidc.com/?p=16736



Ismail Mina : Saya Tidak Sangka Anwar Terpengaruh Pluralisme Agama


Ismail Mina : Saya Tidak Sangka Anwar Terpengaruh Pluralisme Agama

AIDCNews – 19/09/11 – Beliau bukan tokoh politik, berusia 62 tahun, mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika masih menuntut di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1970.
“Saya muda setahun dari Datuk Seri Anwar, ketika sama-sama menuntut di UM”, kata Ustaz Ismail Mina
Seorang bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam yang low profile , lebih selesa berjubah mula mengenali Anwar, ketika zaman pelajar, ketika itu Anwar adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Persahabatan dan sokongannya kepada Anwar tidak pernah luntur, dari zaman pelajar, bersama-sama di Yayasan Anda hingga terlibat dalam Sekretariat Pembebasan Anwar, ketika Ketua Umum PKR itu masih merengkok di penjara Sungai Buloh.
Namun semuanya berubah selepas Anwar dibebaskan dari penjara pasca 2004, terutamanya apabila Ketua Umum PKR itu sering berceramah di luar negara berkenaan dengan topik agama.
“Ya, saya tidak menyangka pada awalnya. Sehingga lah terbukti dalam ucapannya di LSE itu…Memang sah. Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau. Ini bukan kita ambil atau copy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri.Jadi, sah lah bahawa beliau yang bercakap, berucap”, katanya yang mula menarik balik sokongan setelah melihat sahabatnya telah terpengaruh dengan aliran pemikiran yang merosakkan Islam, liberalisme dan Pluralisme.
“Saya nak sebut bahawa, sebenarnya ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memang sah beliau berfahaman Pluralisme Agama”, tegasnya.
Ikutilah wawancara AIDC dengan Ustaz Ismail Mina pada 16 September 2011, di Hulu Klang dalam menyoroti kisah di sebalik tabir berkenaan dengan isu tersebut.
AIDC : Saya difahamkan, Ustaz ada menganjurkan satu seminar ‘Pluralisme Agama dan Pemurtadan’ di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada Disember tahun lepas.
Ustaz Ismail Mina : Ya. Benar.
Apakah tujuannya dianjurkan seminar tersebut ?
Sebenarnya, seminar tentang pemurtadan yang kita fokus tentang liberalisme dan pluralisme. Pertama kali kita buat di UIA, Gombak.
Itu yang pertama. Itu adalah ekoran daripada ceramah yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di London School of Economics (LSE).
Jadi, setelah kita teliti dengan sahabat – sahabat, kita dapati ini satu isu yang serius. Bukan sekadar isu yang remeh, tetapi isu ini yang menyangkut akidah dan syariah umat Islam.
Kemudian, seperti yang saudara sebut tadi, ada dibuat program di Masjid Wilayah. Itu adalah program yang kedua.
Yang Kedua ? di Masjid Wilayah itu lebih serius ataupun di UIA ?
Kedua-duanya serius cuma audiens di UIA itu sedikit terhad berbanding di Masjid Wilayah yang lebih ramai dan luas.
Mekanisme kita di UIA agak terbatas disebabkan jemputan itu sedikit berbanding di Masjid Wilayah kerana kita dapat organize jemputan lebih luas.
Dan ekoran daripada itu, kita juga buat program ketiga di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Di situ, kehadiran ramai pelajar dan ada sebilangan aktivis Islam di Terengganu.
Membincangkan topik yang sama iaitu pluralisme dalam konteks model ucapan Anwar di LSE ?
Ya, betul. Memang fokus kita adalah berdasarkan kepada ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diucapkan di LSE iaitu beliau menyamakan semua agama adalah sama.
Jadi, daripada situlah kita ada beberapa tajuk-tajuk lain.
Jadi, kenapa memilih ucapan Anwar di LSE itu sendiri sebagai pencetus?
Saya, Alhamdulillah, daripada maklumat daripada sahabat-sahabat bahawa ada juga aktivis Institut Kajian Dasar (IKD) bercakap mengenai pluralisme agama.
Antaranya mereka menyebut bahawa, sami-sami bukan Islam yang buat baik akan masuk syurga. Tapi itu cakap, tidak ada hitam putih.
Berbanding dengan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu hitam putih. Jadi, sebab itulah kita mengambil ini sebagai pegangan yang konkrit.
Memang sah. Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau. Ini bukan kita ambil atau copy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri.
Ustaz sendiri adalah sahabat baik Anwar sejak dari Yayasan Anda..
Sejak dari Universiti Malaya lagi.
Ustaz tidak menyangka yang akhirnya Anwar terjerumus dalam pluralisme agama ?
Ya, betul. Saya langsung tidak menyangka hal itu kerana semasa kita di universiti, kita sudah mengenali Nurcholish Madjid.
Dan semua orang tahu Nurcholish Madjid, Datuk Seri Anwar pun tahu pemikirannya. Di mana Nurcholish Madjid pada awal tahun 1970-an sudah menolak Islam sebagai satu sistem politik.
Datuk Seri Anwar, setakat yang saya tahu, dia faham benda itu. Jadi, saya tidak sangka sampai satu peringkat, fahaman beliau juga sudah selari dengan Nurcholish Madjid.
Maksudnya..
Ya, saya tidak menyangka pada awalnya. Sehingga lah terbukti dalam ucapannya di LSE itu.
Jadi seminar di UIA, Masjid Wilayah dan UMT membahaskan ucapan Anwar di LSE itu ?
Oh ya.. memang. ..Maudu’  penting di ketiga-tiga program itu berdasarkan kepada pendirian iaitu ucapan Datuk Seri Anwar.  Memang khusus kita bincang.
Dan di UIA, Dr Uthman el-Muhammady pun sudah ulas. Dan kita panjangkan lagi di Masjid Wilayah.
Dengan penglibatan NGO-NGO Islam yang lain ?
Ya, betul.
Ustaz Uthman el-Muhammady meneliti satu-persatu ucapan Anwar di LSE itu ?
Ya, beliau meneliti. Saya ingat perkataan demi perkataan. Bukan sahaja baris demi baris tapi perkataan demi perkataan.
Bermakna, dibahaskan, disemak dan juga dilihat berkali-kali untuk mengesahkan bahawa benarkah ucapan Datuk Seri Anwar di LSE itu berbaur ataupun memang menjurus ke arah pluralisme agama ?
Memang.
Benarkah ucapan di LSE itu dibuat Anwar ?
Memang sah. Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau. Ini bukan kita ambil atau copy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri.
Jadi, sah lah bahawa beliau yang bercakap, berucap.
Saya nak sebut bahawa, sebenarnya ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memang sah beliau berfahaman Pluralisme Agama..Jadi definisi Datuk Seri Anwar Ibrahim, pluralism agama ini ialah semua agama sama...
Apakah isi kandungan ucapan di LSE yang dikatakan Anwar telah menjurus ke arah pluralisme agama, telah dikatakan bercanggah dengan akidah Islam ?
Saya nak sebut bahawa, sebenarnya ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memang sah beliau berfahaman Pluralisme Agama.
Dan perjumpaan di rumah Profesor Osman Bakar, saya telah menyediakan.. membuat sedikithomework sekitar sepuluh point, nak dibahaskan pada malam itu.
Itulah inti daripada keseluruhan ucapannya bahawa semua agama adalah sama dalam pengertian pluralisme agama.
Jadi definisi Datuk Seri Anwar Ibrahim, pluralism agama ini ialah semua agama sama.
Bukan macam sesetengah orang mengatakan pluralisme agama ini ada berbagai-bagai agama, tidak. Ya, itu bukan. Itu plurality, kepelbagaian. Itu bukan pluralisme agama.
Datuk Seri Anwar memang faham begitu dalam tulisannya.
Maksudnya, menganggap Islam bukanabsolutely benar dan mungkin juga agama lain mungkin benar dan semua agama adalah benar ?
Betul. Sebab itu beliau berkata di situ bahawa kita tidak boleh mengatakan agama kamu (bukan Islam).. kita orang Islam tidak boleh mengatakan agama itu tidak benar.
Dan beliau juga mengatakan, jalan untuk keselamatan berbagai-bagai. Bagi kita penganut Islam hanya satu sahaja.
Jika sekiranya Anwar mendakwa, prinsipnya tentang pluralisme ini tidak berubah sejak dari zaman ABIM lagi dan dulu telah terlibat dengan dialog-dialog antara agama dan sebagainya. Ustaz melihatnya bagaimana ?
Setakat yang saya faham, Datuk Seri Anwar tidak pernah terlibat dalam dialog antara agama.
Saya di Universiti Malaya pada masa itu, kami daripada Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan kita ada anjurkan program yang kita panggil Forum Antara Agama atau Dialog Antara Agama yang diwakili (Islam) oleh Dr. Uthman el-Muhammady, pada masa itu beliau pensyarah Universiti Malaya. Selain itu terdapat juga beberapa orang daripada Hindu, Kristian dan seumpamanya.
Jadi, setakat yang saya faham, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seperti yang kita kata tadi, beliau tidak mengatakan semua agama sama.
Tidak menjurus ke situ ?
Tidak menjurus ke situ. Tetapi sejak akhir-akhir ini, beliau sudah menjurus ke situ.
Sejak akhir-akhir ini, beliau kerap sangat attend program ke arah pluralisme agama ini.
Adakah Ustaz melihat perubahan beliau sejak akhir-akhir ini disebabkan terdesak untuk mendapat sokongan ataupun sebenarnya sudah menjadi satu anutan ideologinya terhadap perkara itu ?
Wallahualam. Setakat yang saya faham, memang itu keyakinan beliau.
Hasil perbincangan dengan beberapa sahabat, ada beberapa bukti.
Pertama, ucapan beliau mengenai semua agama sama ini bukan di satu tempat.
Dibuat di berbagai-bagai tempat. Dan kemuncaknya di LSE.
Kedua, beliau berjanji di dalam perjumpaan di rumah Prof. Osman Bakar malam itu, bahawa beliau akan edit balik tulisannya.
Katanya ada sedikit longgar, beliau akan edit balik. Sebenarnya beliau tidak edit. Tidak edit langsung.
Selepas perjumpaan malam itu, beliau ada satu ceramah politik di Melawati, dia mengulangi perkara itu lagi.
Malah, ditambah lagi tokoh-tokoh yang pada malam itu saya tidak sebut.. Ditambah lagi tokoh-tokoh (untuk sokong pendapatnya).
Jadi ini menunjukkan memang beliau yakin betul. Bukan strategi politik sangat, tetapi sudah menjadi akidahnya. Kepercayaannya.
Adakah ini hasilnya daripada pembelajarannya semasa belajar di University Georgetown, di Amerika Syarikat di bawah John Esposito ?
Saya rasa lebih awal lagi daripada itu. Saya rasa, kefahaman pluralisme agamanya mungkin lebih awal daripada di Universiti Georgetown. Mungkin beliau ada berhubung dengan John Esposito ataupun lain-lain tokoh.
Jadi, bukan sebab di Georgetown, mungkin awal daripada itu lagi.
Semasa pertemuan di rumah Prof. Osman Bakar beliau ada menyebut tentang Asian Rennaisance. Adakah Ustaz membaca mengenai Asian Rennaisance ?
Ya, saya baca semasa beliau baru menulis. Saya baca. Tapi, pada saya Asia Rennaisance tidak ke arah pluralisme agama..tidak.
Beliau bercakap dari segi budaya dan seumpamanya.
Setakat yang saya faham, tidak menjurus kepada pluralism agama.
Walaupun sebut tentang kebaikan agama-agama lain, tidak, itu satu hal lain.
Tapi, berbeza dengan ucapan di LSE, memang betul-betul jelas, menjurus ke arah itu. Bukan sahaja menjurus ke arah itu, tapi memang betul-betul ke situ.
Pada malam perjumpaan itu, Anwar berkata dia terpaksa memberi ceramah kepada audiens Yahudi dan Kristian sebagai mengambil hati mereka
Memang beliau boleh jawab begitu. Audiensnya begitu.
Sebagai contohnya, kalau audiensnya semua tidak percaya kepada agama, adakah beliau akan mengatakan, ‘ya kita tidak perlu percaya kepada agama’.
Kalau audiens yang akhlaknya rosak, takkan kita pun nak kata agama Islam adalah akhlak yang rosak.
Jadi, sepatutnya beliau menerangkan Islam. Jangan sentuh perkara-perkara yang lain. Menerangkan Islam, itu sahaja.
Tetapi beliau tidak berbuat demikian.
Beliau quote daripada Jalaluddin Rumi, quotation itu salah. Sebenarnya, apa yang beliauquote itu tidak ada di dalam tulisan (Jalaluddin Rumi), tidak ada dalam Masnawi Matnawi, tidak ada.
Beliau hanya ambil daripada John Hicks dan Hicks ambil daripada orang lain.
Jadi beliau bukan seorang peneliti yang serius.
Siapa yang mengatur pertemuan dengan Anwar di rumah Profesor Osman Bakar ?
Selepas program di UIA itu, saya diberitahu oleh Profesor Osman bahawa Datuk Seri Anwar hendak berjumpa. Jadi, Prof Osman tanya saya, adakah saya bersetuju.
Saya tidak ada masalah, kita boleh bertukar-tukar fikiran.
Pada awalnya, pertemuan tidak berlaku kerana Datuk Seri sibuk dengan program-programnya yang lain.
Sehinggalah kita buat program di Masjid Wilayah dan kerana itu beliau lebih serius mahu berjumpa. Jadi saya pun bersetuju.
Jadi, kalau ada orang mengatakan bahawa perjumpaan di rumah Prof. Osman itu, inisiatifnya adalah MUAFAKAT, itu tidak benar. Beliau sendiri yang mahu berjumpa kami.
Adakah kerana beliau sudah mendengar tentang cakap-cakap tentang seminar tersebut yang sudah diperkatakan orang. Jadi, beliau ingin memberi penjelasan ?
Saya difahamkan, perjumpaan itu adalah di antara Datuk Seri Anwar dengan aktivis MUAFAKAT sahaja.
Ya, saya difahamkan begitu.
Saya terkejut, apabila yang datang pada malam itu memang ramai sekitar 120 orang.
Pada fahaman saya, kedatangan itu dikerah khusus untuk membantu Datuk Seri Anwar.
Selepas daripada program, saya bersembang sambil minum, saya dapati yang datang itu tidak ada langsung maklumat dan kefahaman tentang ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jadi mereka datang kosong. Itu saya kata, dikerah special untuk menyokong Datuk Seri Anwar.
Pada fahaman saya, perjumpaan pada malam itu gagal. Gagal dalam erti kata beliau tidak dapat menerangkan pendiriannya berdasarkan tulisannya dan kami juga tidak dapat bertanya khusus secara lebih detail berkenaan ucapannya di LSE
Kedua, memang saya difahamkan Datuk Seri Anwar hendak menerangkan ucapannya dan juga nak mendengar pandangan kami yang menentang liberalisme dan pluralisme.
Memang betul agenda awalnya, beliau mahu beri penjelasan dan kami nak bertanya. Tapi tidak jadi sebegitu.
Seperti yang saya kata di awal tadi, saya memang ada buat homework.
Saya sediakan point-point saya nak berbincang, tetapi tidak menjadi begitu.
Kerana para peserta itu, dalam pemikiran mereka bukan mahu bercakap mengenai pluralisme agama tetapi mereka mahu bercakap benda lain.
Sebab itu, apabila Datuk Seri Anwar panjang lebar memberi responnya kepada soalan tentang isu moralnya, saya kata jangan. Saya tak bersetuju sebab kita fokus pada pluralism agama.
Tapi Datuk Seri kata, ‘tak..tak..(perkara itu) relevan’.
Jadi, fahaman saya, semua itu dilakukan untuk alih topik daripada isu pluralism agama kepada isu lain. Supaya kawan-kawan yang ramai hadir pada malam itu akan lebih lebih simpati kepadanya.
Pada fahaman saya, perjumpaan pada malam itu gagal. Gagal dalam erti kata beliau tidak dapat menerangkan pendiriannya berdasarkan tulisannya dan kami juga tidak dapat bertanya khusus secara lebih detail berkenaan ucapannya di LSE.
Ditambah lagi dengan kawan-kawan yang respon itu macam-macam bercakap.
Seseorang itu bercakap mengenai hubungannya yang tetap setia dengan Datuk Seri Anwar sejak dari awal hingga sekarang.
Padahal orang yang bercakap itu sibuk menjadi campaign manager Tan Sri Muhammad Taib semasa bertanding jadi Naib Presiden UMNO, ketika saya dan kawan-kawan membuat program ‘Sekretariat Pembebasan Anwar’ (SPA).
Kita bertungkus-lumus, saya dan kawan-kawan. “Orang itu” tidak. Tapi dia claim pada malam itu, dia bersama Datuk Seri Anwar sampai sekarang.
Kemudian, ada kawan-kawan yang lain bercakap, pun demikian juga. Langsung tidak ada maklumat, tidak ada ilmu tentang pluralisme agama.
Kami hanya ada lima atau enam orang ini memang mahu bercakap berkenaan pluralisme agama. Dan, kami kecewa kerana Datuk Seri Anwar tidak respon dengan cara ilmiah.
Bermakna, pada malam itu, Anwar sendiri tidak berminat untuk menjawab tentang pluralisme agama tetapi beliau cuba mengalihkan topik ?
Itu yang saya faham.
Sebab itu beliau bangkitkan isu Utusan Malaysia, masuk UMNO, moralnya dan macam-macam lagi ?
Ya..ya. usaha untuk alih topik.
Saya bersetuju dengan saudara bahawa beliau nak lari isu. Sebab itu beliau kata, kita diguna oleh UMNO, Utusan Malaysia.
Walhal tidak ada seorang pun, orang UMNO yang kita berjumpa dalam isu ini.
Kita pun tidak consult Utusan Malaysia, tidak ada. Cuma, apabila kita buat program, kita panggil semua press. Yang datang Utusan Malaysia dan dua..tiga lagi. Tapi yang ketengah isu ini agak serius, Utusan Malaysia.
Jadi, bukan bererti digunakan ?
Tak ada. Itu yang saya kata pada malam itu. Beliau baik dengan orang-orang Yahudi, saya tidak mengatakan Datuk Seri dipergunakan oleh orang Yahudi.
Semua orang tahu yang hubungan baiknya dengan orang Yahudi. Saya tidak mengata begitu.
Dengar balik rakaman tersebut, saya ada berkata begitu.
Jadi, pada malam itu, nampaknya Anwar tidak bersedia untuk menjawab tentang pluralisme agama. Beliau tidak berupaya mempertahankan hujahnya ?
Ya betul. Beliau ada sebut pada malam itu, katanya ada sedikit longgar, beliau kata nak edit. jadi, beliau sendiri percaya benda itu salah.
Dalam satu aspek, beliau percaya benda itu salah kerana beliau berdepan dengan beberapa orang, seperti kami daripada sahabat MUAFAKAT yang betul-betul all out faham liberalisme dan pluralisme.
Jadi, sebab itu beliau kata ada sedikit apologetik..ada sedikit lembut katanya dan berjanji akan edit balik sebab berdepan dengan kami…
Tetapi, di luar daripada kami, tidak begitu.
Sebab itu Prof. Osman Bakar yang jadi moderator pada malam itu, selepas itu, dianjurkan satu program di Sungai Ramal yang dibentang oleh Prof. Osman Bakar berkenaan, setakat yang saya faham, mempertahankan pluralisme agama.
Petikan  http://www.anwaraidc.com/?p=16731