TANAH MELAYU DILANGGAR TODAK

Memaparkan catatan dengan label Hina Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hina Melayu. Papar semua catatan

Ahad, 21 Ogos 2011

Azmil dakwa ceramahnya diputarbelit...nak saman malu...


azmil-baruSaman malu. Itu  tindakan yang sedang dipertimbangkan oleh Azmil Mustapha berhubung isu ceramahnya di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang yang telah menimbulkan kontroversi ekoran beberapa komen yang dibuatnya dalam ceramah tersebut.
Bekas penyanyi dan pelakon 80an itu mendakwa  laporan yang disiarkan oleh pihak akhbar tentang ceramahnya yang dikatakan berbau politik itu telah diambil di luar konteks.
“Saya sedang menimbangkan untuk saman malu, bukan saja pada mereka yang membuat laporan tersebut bahkan pihak akhbar yang menyiarkannya kerana melaporkan tanpa memeriksa terlebih dulu betul atau tidak kejadian itu berlaku,” kata Azmil ketika dihubungi Ahad.
Dia mendakwa isi ceramahnya telah diputar belitkan dan laporan yang dibuat adalah di luar konteks, termasuk komennya tentang haji dan zakat yang tidak diterima Allah terhadap seorang tua yang telah bangkit meninggalkan masjid tersebut. Petikan Agendadaily
Lagi berita klik disini

Sabtu, 20 Ogos 2011

Ustaz Azmil Mustafa (Ali Setan) - Tazkirah Zuhur


Tazkirah Zuhur di Masjid Al-I'tisam, TTDI Jaya 
pada 15 Ogos 2011


Luangkan sedikit masa mendengar Ustaz Azmil Mustafa yang baru pulang dari Syria. Mengupas Dasar Ekonomi Baru ( DEB ), Petronas, Kereta Malaysia, Lebuhraya, Melayu Bodoh, Tiada Telor, Rukun Negara, Jalur Gemilang & Lagu Negaraku.

Kutuk kereta Malaysia, tapi Ustaz Ali Setan ni pakai Mercedes Benz.

Ali Setan bual hal , hina Agong & kafirkan kerajaan dalam ceramah




Pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustapha didakwa mengkafirkan kerajaan dan sistem yang diguna pakai ketika menyampaikan tazkirah kepada hampir 300 jemaah Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, di sini malam tadi.

Azmil, 59, yang dijemput menyampaikan tazkirah untuk selama 15 minit sebelum solat tarawih turut didakwa menggunakan kesempatan tersebut untuk menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong.

Namun dalam ceramah yang berlarutan selama lebih satu jam itu, Azmil juga menghina Yang di-Pertuan Agong serta beberapa sultan lain.

Bilal Masjid An-Nur, Mohd. Sani Nasib berkata, penduduk pada awalnya ternanti-nanti pelakon yang terkenal dengan watak Ali Setan itu untuk menyampaikan tazkirah.

Menurutnya, Azmil bagaimanapun memberikan ceramah berbaur politik dari pukul 9.30 hingga 10.30 malam dan tindakan itu telah mengganggu waktu solat tarawih.

"Semasa Azmil mengutuk dan mengkafirkan kerajaan termasuk sistem yang digunakan, terdapat sebahagian besar jemaah meninggalkan masjid dan ketika itu juga seorang penduduk yang dikenali sebagai Keman, 70-an, bangun menyoal tindakan Azmil.

"Azmil kemudian memalukan Keman dengan mengatakan amal ibadat, zakat dan haji yang dilakukannya tidak akan diterima Allah kerana menyoalnya. Sebagai orang tua, Keman yang enggan bergaduh kemudian meninggalkan masjid," katanya.

Mohd. Sani berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Kampung Baru Subang di sini, pukul 11.30 pagi ini.

Tambahnya, dalam ceramah itu, Azmil turut menjerit dengan mengatakan 'Melayu bodoh' dan 'Melayu tiada telur' beberapa kali kerana menyokong kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sebelum ini penceramah bebas yang hadir pernah menyampaikan ceramah berbaur politik namun tidak sekeras Azmil.

"Kali ini kami tidak tahan lagi dengan penceramah bebas yang hanya mahu bercakap soal politik sedangkan masjid adalah tempat menyatukan orang Islam.

"Sebab itu, laporan polis dibuat supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dan ia mungkin boleh memberikan pengajaran kepada penceramah lain," jelasnya.

Sumber Sejarahmelayu.blogspot.com

Bekas artis hina Melayu

Bekas artis hina Melayu 


SUBANG – Tindakan seorang pelakon lelaki terkenal era 1980-an yang didakwa mengkafirkan kerajaan selain menyindir dan memperlekehkan institusi diraja dalam tazkirahnya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, di sini, mengundang kemarahan kira-kira 300 ahli jemaah menunggu untuk menunaikan solat Terawih di masjid itu malam kelmarin.

Berikutan itu, dua laporan polis dibuat terhadapnya di sini, semalam.

Bilal I Masjid An-Nur, Mohd Shafie Nasib berkata, pelakon itu memulakan sesi tazkirahnya selepas solat Isyak dan berlangsung selama lebih sejam sehingga menimbulkan kegelisahan ahli jemaah termasuk wanita yang menunggu untuk bersolat Terawih.

Bukan itu sahaja, aktor yang menempa nama menerusi filem-filem kisah cinta remaja pada zaman glamornya itu turut menyindir dan memperlekehkan institusi diraja yang dikatakan tidak patut ditaati kerana sewajarnya ditaati hanya ALLAH.

“Selain itu, dia turut melabelkan kerajaan sebagai kafir kerana mengamalkan undang-undang kafir. Menghina Rukun Negara dan menuduh sekolah kerajaan mengikut acuan kafir selain mendakwa tidak wujud sekolah agama Islam yang sebenar di negara ini,” katanya.

Paling mengejutkan, kata Shafie apabila artis itu berulang kali mengecam orang Melayu sebagai bangsa yang bodoh.

“Ini yang menyebabkan semakin ramai orang meninggalkan masjid kerana tidak berpuas hati dengan kata-katanya yang sangat kesat dan menghina itu,” katanya.

Shafie berkata, seorang warga emas turut menjadi mangsa kritikan artis itu apabila pertanyaannya sama ada tazkirah itu sebenarnya program ceramah politik.

“Penceramah itu mempertikaikan solat, zakat dan haji warga emas berkenaan yang menurutnya jadi sia-sia kerana menegur perbuatannya,” katanya.

Ditanya siapa yang me-ngundang artis itu dipercayai tidak mempunyai tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk berceramah, Shafie mengakui dia tidak tahu.

“Saya pun tak sangka sampai begitu sekali,” katanya.
Sumber Sinar Harian