TANAH MELAYU DILANGGAR TODAK

Isnin, 19 September 2011

Ismail Mina : Saya Tidak Sangka Anwar Terpengaruh Pluralisme Agama


Ismail Mina : Saya Tidak Sangka Anwar Terpengaruh Pluralisme Agama

AIDCNews – 19/09/11 – Beliau bukan tokoh politik, berusia 62 tahun, mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika masih menuntut di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1970.
“Saya muda setahun dari Datuk Seri Anwar, ketika sama-sama menuntut di UM”, kata Ustaz Ismail Mina
Seorang bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam yang low profile , lebih selesa berjubah mula mengenali Anwar, ketika zaman pelajar, ketika itu Anwar adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Persahabatan dan sokongannya kepada Anwar tidak pernah luntur, dari zaman pelajar, bersama-sama di Yayasan Anda hingga terlibat dalam Sekretariat Pembebasan Anwar, ketika Ketua Umum PKR itu masih merengkok di penjara Sungai Buloh.
Namun semuanya berubah selepas Anwar dibebaskan dari penjara pasca 2004, terutamanya apabila Ketua Umum PKR itu sering berceramah di luar negara berkenaan dengan topik agama.
“Ya, saya tidak menyangka pada awalnya. Sehingga lah terbukti dalam ucapannya di LSE itu…Memang sah. Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau. Ini bukan kita ambil atau copy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri.Jadi, sah lah bahawa beliau yang bercakap, berucap”, katanya yang mula menarik balik sokongan setelah melihat sahabatnya telah terpengaruh dengan aliran pemikiran yang merosakkan Islam, liberalisme dan Pluralisme.
“Saya nak sebut bahawa, sebenarnya ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memang sah beliau berfahaman Pluralisme Agama”, tegasnya.
Ikutilah wawancara AIDC dengan Ustaz Ismail Mina pada 16 September 2011, di Hulu Klang dalam menyoroti kisah di sebalik tabir berkenaan dengan isu tersebut.
AIDC : Saya difahamkan, Ustaz ada menganjurkan satu seminar ‘Pluralisme Agama dan Pemurtadan’ di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada Disember tahun lepas.
Ustaz Ismail Mina : Ya. Benar.
Apakah tujuannya dianjurkan seminar tersebut ?
Sebenarnya, seminar tentang pemurtadan yang kita fokus tentang liberalisme dan pluralisme. Pertama kali kita buat di UIA, Gombak.
Itu yang pertama. Itu adalah ekoran daripada ceramah yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di London School of Economics (LSE).
Jadi, setelah kita teliti dengan sahabat – sahabat, kita dapati ini satu isu yang serius. Bukan sekadar isu yang remeh, tetapi isu ini yang menyangkut akidah dan syariah umat Islam.
Kemudian, seperti yang saudara sebut tadi, ada dibuat program di Masjid Wilayah. Itu adalah program yang kedua.
Yang Kedua ? di Masjid Wilayah itu lebih serius ataupun di UIA ?
Kedua-duanya serius cuma audiens di UIA itu sedikit terhad berbanding di Masjid Wilayah yang lebih ramai dan luas.
Mekanisme kita di UIA agak terbatas disebabkan jemputan itu sedikit berbanding di Masjid Wilayah kerana kita dapat organize jemputan lebih luas.
Dan ekoran daripada itu, kita juga buat program ketiga di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Di situ, kehadiran ramai pelajar dan ada sebilangan aktivis Islam di Terengganu.
Membincangkan topik yang sama iaitu pluralisme dalam konteks model ucapan Anwar di LSE ?
Ya, betul. Memang fokus kita adalah berdasarkan kepada ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diucapkan di LSE iaitu beliau menyamakan semua agama adalah sama.
Jadi, daripada situlah kita ada beberapa tajuk-tajuk lain.
Jadi, kenapa memilih ucapan Anwar di LSE itu sendiri sebagai pencetus?
Saya, Alhamdulillah, daripada maklumat daripada sahabat-sahabat bahawa ada juga aktivis Institut Kajian Dasar (IKD) bercakap mengenai pluralisme agama.
Antaranya mereka menyebut bahawa, sami-sami bukan Islam yang buat baik akan masuk syurga. Tapi itu cakap, tidak ada hitam putih.
Berbanding dengan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu hitam putih. Jadi, sebab itulah kita mengambil ini sebagai pegangan yang konkrit.
Memang sah. Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau. Ini bukan kita ambil atau copy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri.
Ustaz sendiri adalah sahabat baik Anwar sejak dari Yayasan Anda..
Sejak dari Universiti Malaya lagi.
Ustaz tidak menyangka yang akhirnya Anwar terjerumus dalam pluralisme agama ?
Ya, betul. Saya langsung tidak menyangka hal itu kerana semasa kita di universiti, kita sudah mengenali Nurcholish Madjid.
Dan semua orang tahu Nurcholish Madjid, Datuk Seri Anwar pun tahu pemikirannya. Di mana Nurcholish Madjid pada awal tahun 1970-an sudah menolak Islam sebagai satu sistem politik.
Datuk Seri Anwar, setakat yang saya tahu, dia faham benda itu. Jadi, saya tidak sangka sampai satu peringkat, fahaman beliau juga sudah selari dengan Nurcholish Madjid.
Maksudnya..
Ya, saya tidak menyangka pada awalnya. Sehingga lah terbukti dalam ucapannya di LSE itu.
Jadi seminar di UIA, Masjid Wilayah dan UMT membahaskan ucapan Anwar di LSE itu ?
Oh ya.. memang. ..Maudu’  penting di ketiga-tiga program itu berdasarkan kepada pendirian iaitu ucapan Datuk Seri Anwar.  Memang khusus kita bincang.
Dan di UIA, Dr Uthman el-Muhammady pun sudah ulas. Dan kita panjangkan lagi di Masjid Wilayah.
Dengan penglibatan NGO-NGO Islam yang lain ?
Ya, betul.
Ustaz Uthman el-Muhammady meneliti satu-persatu ucapan Anwar di LSE itu ?
Ya, beliau meneliti. Saya ingat perkataan demi perkataan. Bukan sahaja baris demi baris tapi perkataan demi perkataan.
Bermakna, dibahaskan, disemak dan juga dilihat berkali-kali untuk mengesahkan bahawa benarkah ucapan Datuk Seri Anwar di LSE itu berbaur ataupun memang menjurus ke arah pluralisme agama ?
Memang.
Benarkah ucapan di LSE itu dibuat Anwar ?
Memang sah. Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau. Ini bukan kita ambil atau copy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri.
Jadi, sah lah bahawa beliau yang bercakap, berucap.
Saya nak sebut bahawa, sebenarnya ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memang sah beliau berfahaman Pluralisme Agama..Jadi definisi Datuk Seri Anwar Ibrahim, pluralism agama ini ialah semua agama sama...
Apakah isi kandungan ucapan di LSE yang dikatakan Anwar telah menjurus ke arah pluralisme agama, telah dikatakan bercanggah dengan akidah Islam ?
Saya nak sebut bahawa, sebenarnya ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memang sah beliau berfahaman Pluralisme Agama.
Dan perjumpaan di rumah Profesor Osman Bakar, saya telah menyediakan.. membuat sedikithomework sekitar sepuluh point, nak dibahaskan pada malam itu.
Itulah inti daripada keseluruhan ucapannya bahawa semua agama adalah sama dalam pengertian pluralisme agama.
Jadi definisi Datuk Seri Anwar Ibrahim, pluralism agama ini ialah semua agama sama.
Bukan macam sesetengah orang mengatakan pluralisme agama ini ada berbagai-bagai agama, tidak. Ya, itu bukan. Itu plurality, kepelbagaian. Itu bukan pluralisme agama.
Datuk Seri Anwar memang faham begitu dalam tulisannya.
Maksudnya, menganggap Islam bukanabsolutely benar dan mungkin juga agama lain mungkin benar dan semua agama adalah benar ?
Betul. Sebab itu beliau berkata di situ bahawa kita tidak boleh mengatakan agama kamu (bukan Islam).. kita orang Islam tidak boleh mengatakan agama itu tidak benar.
Dan beliau juga mengatakan, jalan untuk keselamatan berbagai-bagai. Bagi kita penganut Islam hanya satu sahaja.
Jika sekiranya Anwar mendakwa, prinsipnya tentang pluralisme ini tidak berubah sejak dari zaman ABIM lagi dan dulu telah terlibat dengan dialog-dialog antara agama dan sebagainya. Ustaz melihatnya bagaimana ?
Setakat yang saya faham, Datuk Seri Anwar tidak pernah terlibat dalam dialog antara agama.
Saya di Universiti Malaya pada masa itu, kami daripada Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan kita ada anjurkan program yang kita panggil Forum Antara Agama atau Dialog Antara Agama yang diwakili (Islam) oleh Dr. Uthman el-Muhammady, pada masa itu beliau pensyarah Universiti Malaya. Selain itu terdapat juga beberapa orang daripada Hindu, Kristian dan seumpamanya.
Jadi, setakat yang saya faham, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seperti yang kita kata tadi, beliau tidak mengatakan semua agama sama.
Tidak menjurus ke situ ?
Tidak menjurus ke situ. Tetapi sejak akhir-akhir ini, beliau sudah menjurus ke situ.
Sejak akhir-akhir ini, beliau kerap sangat attend program ke arah pluralisme agama ini.
Adakah Ustaz melihat perubahan beliau sejak akhir-akhir ini disebabkan terdesak untuk mendapat sokongan ataupun sebenarnya sudah menjadi satu anutan ideologinya terhadap perkara itu ?
Wallahualam. Setakat yang saya faham, memang itu keyakinan beliau.
Hasil perbincangan dengan beberapa sahabat, ada beberapa bukti.
Pertama, ucapan beliau mengenai semua agama sama ini bukan di satu tempat.
Dibuat di berbagai-bagai tempat. Dan kemuncaknya di LSE.
Kedua, beliau berjanji di dalam perjumpaan di rumah Prof. Osman Bakar malam itu, bahawa beliau akan edit balik tulisannya.
Katanya ada sedikit longgar, beliau akan edit balik. Sebenarnya beliau tidak edit. Tidak edit langsung.
Selepas perjumpaan malam itu, beliau ada satu ceramah politik di Melawati, dia mengulangi perkara itu lagi.
Malah, ditambah lagi tokoh-tokoh yang pada malam itu saya tidak sebut.. Ditambah lagi tokoh-tokoh (untuk sokong pendapatnya).
Jadi ini menunjukkan memang beliau yakin betul. Bukan strategi politik sangat, tetapi sudah menjadi akidahnya. Kepercayaannya.
Adakah ini hasilnya daripada pembelajarannya semasa belajar di University Georgetown, di Amerika Syarikat di bawah John Esposito ?
Saya rasa lebih awal lagi daripada itu. Saya rasa, kefahaman pluralisme agamanya mungkin lebih awal daripada di Universiti Georgetown. Mungkin beliau ada berhubung dengan John Esposito ataupun lain-lain tokoh.
Jadi, bukan sebab di Georgetown, mungkin awal daripada itu lagi.
Semasa pertemuan di rumah Prof. Osman Bakar beliau ada menyebut tentang Asian Rennaisance. Adakah Ustaz membaca mengenai Asian Rennaisance ?
Ya, saya baca semasa beliau baru menulis. Saya baca. Tapi, pada saya Asia Rennaisance tidak ke arah pluralisme agama..tidak.
Beliau bercakap dari segi budaya dan seumpamanya.
Setakat yang saya faham, tidak menjurus kepada pluralism agama.
Walaupun sebut tentang kebaikan agama-agama lain, tidak, itu satu hal lain.
Tapi, berbeza dengan ucapan di LSE, memang betul-betul jelas, menjurus ke arah itu. Bukan sahaja menjurus ke arah itu, tapi memang betul-betul ke situ.
Pada malam perjumpaan itu, Anwar berkata dia terpaksa memberi ceramah kepada audiens Yahudi dan Kristian sebagai mengambil hati mereka
Memang beliau boleh jawab begitu. Audiensnya begitu.
Sebagai contohnya, kalau audiensnya semua tidak percaya kepada agama, adakah beliau akan mengatakan, ‘ya kita tidak perlu percaya kepada agama’.
Kalau audiens yang akhlaknya rosak, takkan kita pun nak kata agama Islam adalah akhlak yang rosak.
Jadi, sepatutnya beliau menerangkan Islam. Jangan sentuh perkara-perkara yang lain. Menerangkan Islam, itu sahaja.
Tetapi beliau tidak berbuat demikian.
Beliau quote daripada Jalaluddin Rumi, quotation itu salah. Sebenarnya, apa yang beliauquote itu tidak ada di dalam tulisan (Jalaluddin Rumi), tidak ada dalam Masnawi Matnawi, tidak ada.
Beliau hanya ambil daripada John Hicks dan Hicks ambil daripada orang lain.
Jadi beliau bukan seorang peneliti yang serius.
Siapa yang mengatur pertemuan dengan Anwar di rumah Profesor Osman Bakar ?
Selepas program di UIA itu, saya diberitahu oleh Profesor Osman bahawa Datuk Seri Anwar hendak berjumpa. Jadi, Prof Osman tanya saya, adakah saya bersetuju.
Saya tidak ada masalah, kita boleh bertukar-tukar fikiran.
Pada awalnya, pertemuan tidak berlaku kerana Datuk Seri sibuk dengan program-programnya yang lain.
Sehinggalah kita buat program di Masjid Wilayah dan kerana itu beliau lebih serius mahu berjumpa. Jadi saya pun bersetuju.
Jadi, kalau ada orang mengatakan bahawa perjumpaan di rumah Prof. Osman itu, inisiatifnya adalah MUAFAKAT, itu tidak benar. Beliau sendiri yang mahu berjumpa kami.
Adakah kerana beliau sudah mendengar tentang cakap-cakap tentang seminar tersebut yang sudah diperkatakan orang. Jadi, beliau ingin memberi penjelasan ?
Saya difahamkan, perjumpaan itu adalah di antara Datuk Seri Anwar dengan aktivis MUAFAKAT sahaja.
Ya, saya difahamkan begitu.
Saya terkejut, apabila yang datang pada malam itu memang ramai sekitar 120 orang.
Pada fahaman saya, kedatangan itu dikerah khusus untuk membantu Datuk Seri Anwar.
Selepas daripada program, saya bersembang sambil minum, saya dapati yang datang itu tidak ada langsung maklumat dan kefahaman tentang ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jadi mereka datang kosong. Itu saya kata, dikerah special untuk menyokong Datuk Seri Anwar.
Pada fahaman saya, perjumpaan pada malam itu gagal. Gagal dalam erti kata beliau tidak dapat menerangkan pendiriannya berdasarkan tulisannya dan kami juga tidak dapat bertanya khusus secara lebih detail berkenaan ucapannya di LSE
Kedua, memang saya difahamkan Datuk Seri Anwar hendak menerangkan ucapannya dan juga nak mendengar pandangan kami yang menentang liberalisme dan pluralisme.
Memang betul agenda awalnya, beliau mahu beri penjelasan dan kami nak bertanya. Tapi tidak jadi sebegitu.
Seperti yang saya kata di awal tadi, saya memang ada buat homework.
Saya sediakan point-point saya nak berbincang, tetapi tidak menjadi begitu.
Kerana para peserta itu, dalam pemikiran mereka bukan mahu bercakap mengenai pluralisme agama tetapi mereka mahu bercakap benda lain.
Sebab itu, apabila Datuk Seri Anwar panjang lebar memberi responnya kepada soalan tentang isu moralnya, saya kata jangan. Saya tak bersetuju sebab kita fokus pada pluralism agama.
Tapi Datuk Seri kata, ‘tak..tak..(perkara itu) relevan’.
Jadi, fahaman saya, semua itu dilakukan untuk alih topik daripada isu pluralism agama kepada isu lain. Supaya kawan-kawan yang ramai hadir pada malam itu akan lebih lebih simpati kepadanya.
Pada fahaman saya, perjumpaan pada malam itu gagal. Gagal dalam erti kata beliau tidak dapat menerangkan pendiriannya berdasarkan tulisannya dan kami juga tidak dapat bertanya khusus secara lebih detail berkenaan ucapannya di LSE.
Ditambah lagi dengan kawan-kawan yang respon itu macam-macam bercakap.
Seseorang itu bercakap mengenai hubungannya yang tetap setia dengan Datuk Seri Anwar sejak dari awal hingga sekarang.
Padahal orang yang bercakap itu sibuk menjadi campaign manager Tan Sri Muhammad Taib semasa bertanding jadi Naib Presiden UMNO, ketika saya dan kawan-kawan membuat program ‘Sekretariat Pembebasan Anwar’ (SPA).
Kita bertungkus-lumus, saya dan kawan-kawan. “Orang itu” tidak. Tapi dia claim pada malam itu, dia bersama Datuk Seri Anwar sampai sekarang.
Kemudian, ada kawan-kawan yang lain bercakap, pun demikian juga. Langsung tidak ada maklumat, tidak ada ilmu tentang pluralisme agama.
Kami hanya ada lima atau enam orang ini memang mahu bercakap berkenaan pluralisme agama. Dan, kami kecewa kerana Datuk Seri Anwar tidak respon dengan cara ilmiah.
Bermakna, pada malam itu, Anwar sendiri tidak berminat untuk menjawab tentang pluralisme agama tetapi beliau cuba mengalihkan topik ?
Itu yang saya faham.
Sebab itu beliau bangkitkan isu Utusan Malaysia, masuk UMNO, moralnya dan macam-macam lagi ?
Ya..ya. usaha untuk alih topik.
Saya bersetuju dengan saudara bahawa beliau nak lari isu. Sebab itu beliau kata, kita diguna oleh UMNO, Utusan Malaysia.
Walhal tidak ada seorang pun, orang UMNO yang kita berjumpa dalam isu ini.
Kita pun tidak consult Utusan Malaysia, tidak ada. Cuma, apabila kita buat program, kita panggil semua press. Yang datang Utusan Malaysia dan dua..tiga lagi. Tapi yang ketengah isu ini agak serius, Utusan Malaysia.
Jadi, bukan bererti digunakan ?
Tak ada. Itu yang saya kata pada malam itu. Beliau baik dengan orang-orang Yahudi, saya tidak mengatakan Datuk Seri dipergunakan oleh orang Yahudi.
Semua orang tahu yang hubungan baiknya dengan orang Yahudi. Saya tidak mengata begitu.
Dengar balik rakaman tersebut, saya ada berkata begitu.
Jadi, pada malam itu, nampaknya Anwar tidak bersedia untuk menjawab tentang pluralisme agama. Beliau tidak berupaya mempertahankan hujahnya ?
Ya betul. Beliau ada sebut pada malam itu, katanya ada sedikit longgar, beliau kata nak edit. jadi, beliau sendiri percaya benda itu salah.
Dalam satu aspek, beliau percaya benda itu salah kerana beliau berdepan dengan beberapa orang, seperti kami daripada sahabat MUAFAKAT yang betul-betul all out faham liberalisme dan pluralisme.
Jadi, sebab itu beliau kata ada sedikit apologetik..ada sedikit lembut katanya dan berjanji akan edit balik sebab berdepan dengan kami…
Tetapi, di luar daripada kami, tidak begitu.
Sebab itu Prof. Osman Bakar yang jadi moderator pada malam itu, selepas itu, dianjurkan satu program di Sungai Ramal yang dibentang oleh Prof. Osman Bakar berkenaan, setakat yang saya faham, mempertahankan pluralisme agama.
Petikan  http://www.anwaraidc.com/?p=16731

ISA: Pak Lah beri amaran mungkin pihak dalaman sendiri tentang Najib


ISA: Pak Lah beri amaran mungkin pihak dalaman sendiri tentang Najib

UPDATED @ 12:08:07 PM 19-09-2011
September 19, 2011
KUALA LUMPUR, 19 Sept — Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap tidak akan ada pihak dalaman yang akan menentang secara “senyap seperti gunting dalam lipatan” usaha penggantinya Datuk Seri Najib Razak yang mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa undang-undang lain.
“Saya harap barisan pimpinan di belakang Datuk Seri Najib, parti-parti politik baik dalam Barisan Nasional atau pun di luar akan memberi sokongan penuh kepada beliau untuk merealisasikan perjuangan untuk membawa perubahan.
“Saya harap tidak akan ada mereka yang menentang dalam senyap seperti gunting dalam lipatan kerana dasar yang beliau ingin wujudkan dengan pemansuhan ISA akan membawa manfaat kepada rakyat dan negara dalam jangka masa panjang,” kata beliau hari ini.
Najib menggantikan Abdullah (gambar) sebagai Perdana Menteri pada April 2009.
Abdullah juga berkata beliau berharap mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menggubal akta dan undang-undang baru keselamatan akan berfikiran progresif dan tidak cuba menggubal undang-undang yang dapat disalahgunakan untuk menyekat perkembangan minda rakyat yang waras, intelek dan berintegriti.
“Saya yakin dan percaya bahawa Perdana Menteri dan barisan pimpinan di bawah beliau telah berfikir dengan dalam dan rasional sebelum mengumumkan pemansuhan ISA dan enakmen darurat, dan saya juga yakin bahawa beliau akan melakukan apa yang telah dijanjikan,” kata Abdullah ketika berucap menerima ijazah kehormat doktor keusahawanan dalam pembangunan modal insan sempena Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Malaysia Kelantan.
Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan tiga deklarasi darurat serta langkah mengkaji semula beberapa undang-undang yang lain ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia Khamis lalu.
Dalam ucapannya, Abdullah menyifatkan pengumuman oleh Najib Khamis lalu sebagai satu perkara yang diharap akan mencatat sejarah kerana ISA dan beberapa enakmen keselamatan yang lain sudah lama menimbulkan keresahan dalam masyarakat.
Kata Abdullah, semasa mengambil alih menjadi Perdana Menteri pada 2003 beliau telah bertekad untuk memberi lebih kebebasan supaya rakyat negara ini dapat memperkembangkan fikiran dan intelek tanpa sekatan dan tanpa ketakutan bahawa undang-undang seperti ISA akan digunakan terhadap mereka.
“Saya juga telah menjayakan tiga perundangan yang memberi perubahan kepada undang-undang berkaitan dengan pencegahan rasuah, pelantikan hakim dan integriti agensi penguat kuasa,” kata beliau sambil menambah, beliau juga berhadapan dengan tentangan dari dalam dan luar parti pimpinannya.
“Saya mengaku bahawa saya mendapat tentangan bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam kerana ada golongan ‘hardliners’ yang ingin mengekalkan sistem yang lama, yang masih ingin menguasai aliran maklumat serta menggunakan akta-akta dan enakmen untuk membisukan rakyat,” katanya lagi.
Namun tegas Abdullah, majoriti bersetuju bahawa dalam perkampungan dunia sekarang, menentang peralihan zaman akan membawa rebah.
“Dan, kita berjaya dalam usaha kita untuk memberikan hak kepada rakyat untuk bersuara dengan lebih kebebasan. Kebebasan ini amat perlu untuk membina modal insan kita yang lebih bertanggungjawab dan berintegriti,” katanya lagi.
Jelas Abdullah, ada juga yang menyalahkan beliau kerana memberi terlalu banyak kebebasan kerana mengikut mereka ia menjadi faktor ke arah keputusan pilihan raya umum 2008.
“Tetapi pada diri saya, saya tidak pernah menyesal memberi lebih kebebasan sebab itu adalah hak asasi manusia.
“Pada saya, masyarakat yang waras dan bertamadun akan satu hari kelak akan dapat membezakan antara kaca dan permata, dan mereka akan dapat tapis pembohongan dan fitnah dengan kebenaran dan keikhlasan,” kata bekas presiden Umno dan bekas pengerusi BN.
Justeru kata Abdullah lagi, beliau cukup bangga dengan tindakan Najib untuk memansuhkan ISA kerana “saya percaya itu adalah satu lanjutan dari tindakan kerajaan dahulu untuk menegakkan lagi hak asasi manusia.”
“Tetapi perjalanan ke arah mencapai matlamat penuh Perdana Menteri Najib mungkin juga berhadapan dengan cabaran-cabaran seperti saya dalu... ‘the job of a reformist is not easy’.”

Bekas ketua SB: Chin Peng sendiri akui Mat Indera serang Bukit Kepong


Bekas ketua SB: Chin Peng sendiri akui Mat Indera serang Bukit Kepong

September 15, 2011
KUALA LUMPUR, 15 Sept — Seorang pesara polis dari cawangan khas mendakwa bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng mengakui serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong sememangnya diketuai Ahmad Indera yang menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu seharusnya turut dianggap sebagai pejuang kemerdekaan.
Bekas pengarah cawangan khas Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdul Rahman, 75, berkata, pada satu dialog di sebuah universiti di Australia yang dihadiri Chin Peng, anggota komunis itu juga mendedahkan bahawa Ahmad yang turut dikenali sebagai Mat Indera merupakan pemimpin utama parti itu di Johor.
“Dalam satu dialog yang diadakan di Universiti Australia pada 1999 yang mana Chin Peng menjadi subjek utama di mana mereka duduk bersama dengan dia untuk mentelaah dan bertukar fikiran dan bertanya pelbagai isu yang telah berlaku.
“Saya juga berjumpa dengan Chin Peng, bahasa Malaysia dia macam kita tapi loghat Perak sebab dia orang Perak . . . Chin Peng mengakui serangan di Bukit Kepong diketuai Mat Indera yang turut dikenali sebagai panglima yang memerintah di selatan Johor termasuk utara Johor, Batu Pahat, Muar, Segamat, Tangkak dan keseluruhan negeri Johor,” katanya pada Forum Merdeka Kekejaman Komunis, Mat Indera dan Kemerdekaan anjuran Perkasa malam tadi.
Beliau menambah: “Ini kata Chin Peng sendiri di khalayak, sah Mat Indera adalah pengganas, bagi Chin Peng untuk memimpin mestilah komunis, kalau tidak perjuangan akan lari dari prinsip komunis.”
Zulkifli turut mempersoalkan bagaimana Mohamad boleh menyanjung Mat Indera.
“Bagaimana Mat Sabu berani kata Mat Indera bukan komunis, kita perlu tanya mengapa Mat Sabu memilih Mat Indera sebagai idola dan peristiwa Bukit Kepong dan mengapa Mat Indera mahu dijadikan pejuang. Dia (Mohamad) tidak kenal Mat Indera, mengapa tidak pilih Abdullah Sidi yang merupakan pengerusi parti komunis yang masih hidup, mengapa Mat Indera? Bagaimana dia kenal Mat Indera yang tinggal di Johor.
“Kita dapati orang macam Mat Sabu (Mohamad), duduk di Pulau Pinang, baru dilantik timbalan presiden PAS . . . macam mana dia dapat ilham membangkitkan Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong, adakah ini satu usaha menyokong komunis tetapi tidak diketahui umum. Kita lihat dan tertanya-tanya walaupun darurat telah selesai mengapa sebabnya Mat Sabu selepas 61 tahun membangkitkan nama Mat Indera dan cerita Bukit Kepong sebagai satu cerita yang hendak membanggakan,” katanya.
Sejak penghujung bulan lalu, pemimpin-pemimpin Umno terus menyerang PAS dan terutamanya Mohamad kononnya mengagung-agungkan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.
Mohamad bagaimanapun menafikan ada mengagungkan komunis dan semalam telah memfailkan kes saman ke atas Utusan Malaysia atas alasan telah memutarbelitkan kenyataan beliau pada ceramah itu.
Menceritakan sedikit pengalaman tentang PKM, Zulkifli berkata, sesiapa yang menyertai parti itu perlu melalui proses tertentu dengan bermatlamatkan perjuangan untuk kemanusiaan.
“Bila masuk dalam komunis mesti jadi pengganas tapi nak jadi ahli itu perlu lalui proses tertentu, bila jadi komunis kata Chin Peng bila seseorang memeluk komunis dia mesti mengakui segala yang diperjuangkan adalah demi kepentingan kemanusiaan,” jelasnya.
Tambah beliau, walaupun PKM sudah tiada di Malaysia namun gerakan fahaman komunisme masih lagi wujud.
“Komunis tidak akan mengaku dia komunis tapi dia dengar apa masalah yang berlaku, kita sudah maju dan merdeka tetapi komunis tidak akan tinggalkan matlamat... komunis sedang serang hendap, menunggu masa dan ketika kerana dalam negara kita ada masalah seperti masalah sosial, politik dan kaum, ini yang ditunggu komunis.
“Di sini saya ingin bertanya mengapa Mat Sabu, Mat Sabu bukan komunis, saya percaya dia bukan komunis tetapi siapa di sekeliling dia, mengapa dibangkitkan nama Mat Indera.
“Jadi oleh kerana itu kita lihat bahawa gerakan yang berlaku sekarang seperti dirancang, tapi dirancang oleh siapa? Di sini perlu kita memahami gerakan komunis tidak mati, fahamannya masih ada sama ada ia sedang berlaku secara halus di universiti atau maktab, kita perlu faham,” katanya.

Fuziah Salleh dan PAKATAN HARAM perlu baca ini


Muhyiddin nafi taraf warganegara mudah diberi kepada pekerja Bangladesh

KUALA LUMPUR: 18 Sept -  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan dakwaan kononnya warga Bangladesh yang bekerja di negara ini mendapat taraf kewarganegaraan dengan mudah.
Sambil menolak dakwaan bahawa golongan itu juga diberi hak mengundi pada pilihan raya di Malaysia, Muhyiddin berkata, kerajaan tidak perlu berbuat demikian apatah lagi jika ia dikaitkan dengan proses pilihan raya.
Katanya, kerajaan tidak begitu terdesak sehingga perlu memberikan taraf kewarganegaraan semata-mata untuk meraih undi dan memastikan kemenangan pada pilihan raya akan datang.
“Kita boleh minta penjelasan dari pihak Bangladesh apakah benar kenyataan itu dibuat oleh Perdana Menteri kerana dari segi soal kerajaan kita tidak buat begitu. 
Seseorang yang hendak jadi warganegara perlu melalui pelbagai proses, tempoh masa berapa lama dah berada di sini, sama ada dia betul-betul tahu keadaan di sini dan sebagainya sebagaimana yang biasa kita lakukan."
“Tidak ada kita bagi keistimewaan kepada warga Bangladesh. Apatah lagi dikaitkan dengan pilihan raya. Macam kita ini terdesak sangat nak minta orang seperti itu didaftarkan jadi warganegara dan nak suruh dia pergi undi. Kalaupun undi, dia masuk tong dan kita tak tau dia undi siapa pun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Nasional Parti Makkal Sakti Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina hari ini menyiarkan laporan dengan memetik sumber yang mendakwa bahawa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah. 
Pejabat Perdana Menteri Bangladesh itu dikatakan menerima pengesahan daripada sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia bahawa mereka diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.


Menurut laman web itu, Hasina bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menurut sumber dengan kedudukan yang tinggi mendakwa Najib memberi jaminan menimbang isu itu ketika beliau (Hasina) berada di Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia 66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada bulan Mei 2010.
Justeru, Muhyiddin berkata, beliau akan meminta pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh menyemak perkara berkenaan sama ada ia benar atau tidak.
Sumber : n9kini.com >>> http://n9kini.com/?p=53692

Ini lah yang diputarbelitkan Fuziah Salleh yang melambangkan PAKATAN HARAM kontang isu.

p/s : GTP bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin apa lagi UMNO/BN di dalam apa juga keadaan. Ini kerana GTP akan memastikan Barisan Nasional terus garang seterusnya mengusir PAKATAN HARAM di persada politik tanahair.



Babai Pakatan Haram!!!