TANAH MELAYU DILANGGAR TODAK

Jumaat, 12 Ogos 2011

Mulut Nurul Terpacul Beb! Biasa La Perempuan. Papa Mama Akan Guling-Guling.

Nurul Izzah Kantoi


1- Nurul Izzah dalam sebuk-sebuk menyelar Datuk Khalid Abu 
Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara sebagai jahil, kerana menyamakan rusuhan di Britain dengan rusuhan Bersih 2.0 baru-baru ini, terpacul dari mulut beliau dengan memuji Malaysia bahawa Malaysia masih lagi banyak peluang pekerjaan dan secara langsung beliau mengitiraf transformasi ekonomi yang dilakukan oleh DS Najib.

“Pada saya apa yang dikatakan itu menunjukkan kejahilan yang ada pada Timbalan Ketua Polis Negara yang mana beliau tidak faham apa yang berlaku di sana Britain dan ia tidak boleh disamakan dengan demonstrasi Bersih 2 0”

“Kalau kita lihat rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalahketiadaan peluang pekerjaan yang mana ramai yang menganggur namun ia tidak terjadi di Malaysia di mana kita masih banyak peluang pekerjaan.”  - Nurul Izzah  Minsider.

2- Biasa la kan, Nurul ni perempuan yang banyak mulut. Apa yang terpacul dari mulut beliau kekadangnya tidak disedari.

3- Selepas ini pegawai akhbar/publicity beliau pening kepala hendak memperbetulkan kembali statement beliau di atas. Berhempas pulas dan berguling-guling Papa dan Mama menangkis serangan pengakuan benar dan jujur Nurul mengenai kestabilan ekonomi, peluang pekerjaan dan rangsangan package ekonomi pentadbiran Najib.

4- Silap haribulan MInsider akan perbetulkan dan pusing-pusing ayat-ayat di atas. Kita lihat bagaimana Nurul akan poosing macam Papa selepas ini.

5- Sebenarnya Nurul sendiri pun jahil dan tidak faham apa kah penyebab yang membuat berlakunya London Riot. Tetapi beliau ada hati menuduh Timbalan KPN sebagai jahil. Tajuk Nurul jahil ini kita sembang dilain hari.
Akhbar terkemuka UK, Guardian pun bersederhana ketahap bersetuju dengan Timbalan Ketua Polis Negara apabila membuat komen mengenai negara mereka. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan